home button

Terengganu

KELANTAN, 23 JUN 2022 - Kursus Sistem Buku Log Instruktur Senamrobik Se-Malaysia (BLISS) Peringkat Zon Timur Tahun 2022 telah berlangsung selama 2 hari 1 malam..pada 21 -22 Jun 2022. Majlis Penutup dirasmikan oleh En Hazri Nizam bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Seramai 32 peserta yang terdiri daripada pegawai dari Pahang,Kelantan dan Terengganu (Ahmad Khailani bin Muhammad, Lukman Hadi bin A.Rashid, Abd Qader bin Ghulam Qader, Mohd Syukri bin Mohd Azam,Muhamad Azam bin Paiman dan Noraini Binti Mustafa) telah hadir bagi mengikuti Kursus ini.

Antara objektif bagi kursus ini adalah menyediakan pentadbir BLISS yang terlatih dan diiktiraf di peringkat negeri bagi memastikan sistem BLISS berfungsi dengan efisyen di semua peringkat. Selain itu, dapat mewujudkan kumpulan pentadbir BLISS yang mampu membantu instruktur kecergasan senamrobik yang telah berdaftar di bawah sistem BLISS untuk melengkapkan jam aktiviti mereka.

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Mohd Azhar Bin Awang diatas pemergian Allahyarham pada 21 Jun 2022 (Selasa).

Kami mendoakan moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

‎آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينَ

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

KUALA TRENGGANU, 21 Jun 2022 - Sejarah Ganu Kite hari ini, "Mencanang Gema Suara Belia" melalui Majlis Perundingan Belia Negara Negeri Terengganu Sidang II, Penggal ke -33, Sesi 2021-2022, Pada 20 Jun 2022, bertempat di Taman Tamadun Islam Terengganu, ini merupakan platform Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu adalah jalan yang amat baik bukan sahaja dapat menyatakan harapan dan hasrat bagi pembangunan belia tetapi satu evolusi sumbangan belia Terengganu melalui teladan serta tauladan.

Semoga dengan persidangan kali ini dapat direalisasikan bersama - sama diantara belia- belia Negeri Terengganu, kerajaan negeri dan setara dengannya. Seramai 160 orang ahli, jemputan dan barisan urusetia yang terlibat menjayakan persidangan ini. Majlis ini telah dirasmikan dan dipengerusi oleh YB. Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu.

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

TERENGGANU, 20 Jun 2022- Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal ke-33, Sesi 2021-2022 hanya tinggal beberapa jam lagi untuk berlangsung. Seramai 136 ahli lantikan, jemputan dan pemerhati bagi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang ll, Penggal ke-33, Sesi 2021-2022 yang terlibat. Persidangan ini merupakan “Gemersik Suara Belia” dalam menyuarakan lantunan hasrat belia Terengganu kita terutamanya bersama-sama bergerak seiring antara pemimpin dan masyarakat untuk pembangunan belia negara sejagat. Semoga majlis perundingan yang diadakan ini segala refleksi harapan golongan belia terengganu tercapai dengan sebaiknya.
 
Disediakan oleh : Unit Jk Porta JBSNT