home button

Terengganu

TERENGGANU, 26 JUN 2022 - Majlis Penutup Program Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix Pusingan Empat (4) pada 25 JUN 2022 bertempat di Litar Permotoran Terengganu. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir sama Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
 
Disediakan Oleh : Unit J/K Portal JBSNT 

KUALA TRENGGANU, 23 Jun 2022 (Khamis ) - Majlis Perasmian Penutup Program Inspire I-Talent Peringkat Negeri Terengganu 2022 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu bertempat di Dewan Amber, The Payang Scout Inn, Kuala Nerus, Terengganu. Majlis dirasmikan oleh YBrs En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

 

BUKIT KIARA, 23 Jun 2022 - Hari pertama Klinik Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Terengganu 2022 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Footgolf Malaysia bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada 23-24 Jun 2022.

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

*[PROGRAM RAKAN MUDA SANTUNI ALAM @ PULAU KAPAS]*

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa *Sekretariat Rakan Muda (SRM UniSZA)* dengan kerjasama *Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu* akan mengadakan *PROGRAM RAKAN MUDA SANTUNI ALAM* pada :-

*Tarikh : 24 - 25 Jun 2022 (Jumaat - Sabtu)*

*Tempat : Pulau Kapas, Terengganu*

*Hari : 2 hari 1 malam*

Pelbagai aktiviti menarik seperti:

Hiking Bukit Singa

BBQ

Snorkeling

Bola Tampar

Gorong royong

Dan banyak lagii

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT