home button

Terengganu

*Webinar Youth Digital Siri 1/2022 Negeri Terengganu (Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu)
*Transformasi kerjaya kearah digital kini telah *BERMULA* Sekarang ni semua gilakan *Tiktok* kan??? Swipe dan scroll itu benda biasa Tapi tahukah anda yang *Tiktok* sekarang dah menjadi satu peluang untuk *mencipta kerjaya*???!!! *EHHH BIAR BETUL???* Ya, ada ramai influencer dan owner bisnes kembangkan kerjaya mereka melalui *Tiktok* jer Jadi jom ketahui RAHSIA ini di Webinar Digital *"Tiktokpreneur : Branding Your Brand"* anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu Tarikh : *4 Julai 2022 (Isnin)*Masa : *11 Pagi*Platform : *Aplikasi Zoom*(Juga boleh ditonton di FB Live Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu)Penceramah : Encik Zulkifli Bin Ab. Rahim (Trainer HRD Corp)Daftarkan diri anda di sini:https://forms.gle/1FhfLs25pv3BoUJX8Sebarang pertanyaan boleh hubungiwa.link/e7sjav - Puan Rosnani Jom digitalisasikan diri anda bersama#WebinarDigital#PBSDSetiu#JBSNTerengganu#HBN2022  Disediakan Oleh:Unit Urusetia Portal JBSNT

TERENGGANU, Khamis 30 Jun 2022 - Majlis Penutup Kursus Pengurusan Gimnasium Rakyat Peringkat bagi Tahun 2022 yang diadakan pada 28-30 jun 2022 bertempat di Felda Residence, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri seluruh Malaysia.  Objektif Kursus ini adalah untuk memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelia Gimnasium Rakyat dalam mengendalikan pengoperasian Gimnasium Rakyat,mengurangkan teguran audit yang berkaitan dengan pengurusan Gimnasium Rakyat di seluruh negeri dan mempertingkatkan mutu pengurusan Gimnasium Rakyat dari semasa ke semasa.  Disediakan Oleh:Unit Urusetia Portal JBSNT
TERENGGANU, KHAMIS, 30 JUN 2022 - Kursus Pengenalan eROSA bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Tahun 2022 Peringkat Zon Timur telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Majlis Penutup dirasmikan oleh En Arrifin bin Mohd Ghani selaku Timbalan Pesuruhjaya Sukan. Turut hadir sama Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah hadir bagi mengikuti Program ini. Antara objektif bagi kursus ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam fungsi dan peranan yang disediakan dalam sistem eROSA bagi membantu pengguna di peringkat negeri dan daerah serta memberi kemahiran dalam penggunaan sistem tersebut. Disediakan Oleh:Unit Urusetia Portal JBSNT
TERENGGANU, 27 Jun 2022 – Kunjungan oleh Naziran Pematuhan Tatacara Perakaunan Akuan Tahun 2022 oleh Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Bermula Pada 26 – 28 Jun 2022 ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.    Disediakan Oleh:Unit Urusetia Portal JBSNT