home button

Terengganu

BESUT, 21 SEPTEMBER 2022  -  Kem Bakat Badminton Peringkat KBS Zon Timur 2022 telah melabuhkan tirai pada 10 September 2022 yang lalu setelah 3 hari  bermula 8,9 dan 10 September 2022, adik adik dari Pahang, Terengganu dan Kelantan berkampung di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu.
Majlis penutup di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Qayyum bin Rahman. Turut hadir dalam majlis penutup iaitu legenda badminton dunia iaitu Datuk Dr Hj Misbun bin Dato’ Hj Sidek, Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Dato’ Sri Jalani bin Dato’ Hj Sidek, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Rahman bin Dato’ Hj Sidek dan para jurulatih dari kelab badminton nusa mahsuri.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan para jurulatih. Pelbagai pendedahan baharu yang dapat dipelajari oleh adik adik dan diharapkan dengan adanya kem bakat seperti ini dapat menaik lagi minat dan seterusnya dapat mengembangkan lagi bakat adik adik.



Disediakan Oleh:                             
Unit Urusetia Portal JBSNT
BESUT 21 SEPTEMBER 2022 - Program Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Daerah Besut telah dilaksanakan pada 3 hingga 7 September 2022 bertempat di Kampung Merbau Menyusut dan Kampung Payung, Setiu.
Seramai 18 para peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah di ucapkan kepada mentor dan pemimpin dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut Pejabat belia dan sukan daerah besut / Kompleks Rakan Muda Besut Pemantauan program telah di hadiri oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.


Disediakan Oleh:                                 
Unit Urusetia Portal JBSNT

BESUT, 21 SEPTEMBER 2022 - Sesi pendaftaran peserta Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Timur Pada 8 September 2022 yang lalu. Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Timur ini julung kali diadakan mengikut Zon dan Negeri Terengganu menjadi Zon Pertama program ini yang mana meliputi Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Besut.
Taklimat berkenaan Kem Bakat Badminton telah diberikan oleh En. Ahmad Fadzli Bin Mohammad, Pegawai penggalakkan dan pembangunan sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Taklimat motivasi dan kelas teori disampaikan oleh team nusa mahsuri di ketuai oleh Dato’ Sri Mohd Jalani bin Dato’ Hj Sidek, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan seterusnya oleh coach2 dari Kelab Badminton Nusa Mahsuri


Disediakan Oleh:                                 
Unit Urusetia Portal JBSNT

DUNGU, 21 SEPTEMBER 2022-  Program 1000 Liga Peringkat Daerah Dungun 2022 Pertandingan Silat Seni Tari Putera yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka telah melabuhkan tirai lewat petang 17 September 2022.Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Alias bin Sulaiman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pembangunan Murid.

 Turut Bersama adalah Ustaz Ahmed Solahudfin bin Omar, Pengetua SMK Paka dan Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun. Kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan. Manakala, Johan telah membawa pulang RM 200.00 beserta sijil, Naib Johan menerima RM 150.00 beserta sijil, dan tempat ketiga menerima RM 100.00 berserta sijil.

 

DISEDIAKAN OLEH : PBSD DUNGUN