home button

Terengganu

MARANG, 14 JANUARI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Marang telah menganjurkan Kursus Usahawan Membuat Kek dan Pastri Rakan Muda Wira Usaha @Rakan Muda Peringkat Daerah Marang sebanyak 4 Siri. Siri 3 telah bermula pada 8.1.2021 (Jumaat) bertempat di Balairaya Kampung Padang Mengkuang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.45 Tengahari. Kursus Usahawan ini mendapat kerjasama dari Kemas Daerah Marang sebagai tenaga pengajar dan juga kerjsama dari Jawatankuasa Masjid Kg. Padang Mengkuang, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Mengkuang, Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang (KBBPKM) dan Pejabat MARA Daerah Marang. Seramai 28 orang peserta yang terlibat dalam Kursus Usahawan tersebut.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengupayakan tabungan dan pendapatan Kelab Rakan Muda (KRM) melalui pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda Wira Usaha melalui projek ekonomi dan menggerakkan aktiviti ekonomi  dan sosial Kelab Rakan Muda (KRM) yang memberi manafaat kepada ahli.

Turut sama dalam kursus tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.

 

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu

DUNGUN, 14 JANUARI 2021 – Pada 12 Januari 202, bertempat di Masjid Kampung Minda, Bagi meringankan beban penduduk-penduduk Kampung Minda yang terkesan akibat banjir, Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, Saudara Asmadi bin khalid Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Saudara Mohd Aizuddin Bin Hamzah Presiden  Kelab Sukan Pacuan 4 Roda (GT 4x4) Dungun dan Muhammad Izzul Asyraf Nawang Pengerusi Kelab Rakan Muda Dungun menyampaikan sumbangan kepada wakil JPKK Kampung Minda, Hulu Dungun.

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu

DUNGUN, 14 JANUARI 2021 – Pada 12 Januari 2021, bertempat di Balairaya Kg. Rantau Panjang. “Hulurkan Tangan Ringankan Beban”. Seusai Program Pasca Banjir Sukarelawan Dungun, bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah dan Balairaya misi diteruskan dengan menyampai sumbangan kepada penduduk-penduduk Kampung Rantau Panjang yang terlibat dengan banjir. Turut serta dalam sumbangan tersebut Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, Saudara Asmadi bin khalid Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Saudara Mohd Aizuddin Bin Hamzah Presiden  Kelab Sukan Pacuan 4 Roda (GT 4x4) Dungun, Muhammad Izzul Asyraf Nawang Pengerusi Kelab Rakan Muda Dungun dan wakil JPKK Kampung Rantau Panjang Hulu Dungun.

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu

DUNGUN, 14 JANUARI 2021 – Pada 12 Januari 2021, bertempat di Balairaya Kg. Syukur Hulu Dungun,  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun bersama-sama Majlis Belia Dearah Dungun dan Kelab Rakan Muda Dungun menyampaikan bantuan yang merupakan sumbangan ikhlas dari warga Dungun untuk di agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Syukur Hulu Dungun. “ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam Kesempitan hidup ada Kekuasaan ilmu”. Kata-kata semangat ini menjadi pemangkin warga penduduk Kampung Syukur, Hulu Dungun dalam mengharungi musibah banjir yang melanda. Turut serta dalam program tersebut Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, Saudara Asmadi bin Khalid Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun dan Wakil dari JPKK Kampung Syukur.

 

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu