JELEBU, SABTU, 4 JUN 2022: Program Rakan Muda Day Out @Bukit Batu Sawa telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai seramai 30 orang peserta yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terdiri dari golongan belia setempat.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan mendapat kerjasama yang baik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Pejabat Hutan Negeri Sembilan Utara, Balai BOMBA dan Penyelamat Malaysia Daerah Jelebu, Madrasah Tahfiz Yamin dan juga penduduk Kampung Peradong Pergai.

Antara pengisian program ini adalah penggantian dan pemasangan tali keselamatan di laluan pendakian Bukit Batu Sawa, meletakkan papan tanda kebersihan dan keselamatan di samping malaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program ini telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Ariff Syazwan bin Mohd Taharim Ketua Polis Balai Kuala Klawang.

Bukit Batu Sawa ini mempunyai ketinggian 333.33 meter dan merupakan antara tarikan pelancongan di Daerah Jelebu. Terdapat banyak lagi tarikan Eco - Tourism yang ada di Daerah Jelebu ini seperti, Jeram Enggang, Jeram Berungut, Gunung Besar Hantu, Bukit Batu Beras dan Gua Pasoh.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terbina akan dapat melestarikan lagi hubungan yang baik dalam mewujudkan sebuah Keluarga Malaysia yang lebih cemerlang.

 

Disediakan oleh : Team Media JELEBU

Disunting oleh : Team Media JBSNS