KUALA PILAH, 04 Jun 2022 - Telah terlaksana dan berlangsung nya Program Rakan Muda 'Day Out' (RMDO - Keurusetiaan/Pengurusan Sukan) Siri 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Perlaksanaan Program RMDO ini adalah sebagai latihan Keurusetiaan & kesukarelaan sukan “Volunteer Support TASK Team" bagi membantu menjayakan program MSL- Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 yang juga sedang berlangsung. Program RMDO disertai seramai 17 orang peserta (Sukarelawan Bertugas) bermula pada jam 7.15 pagi hingga 7.05 petang.

Majlis Perasmian Program RMDO Siri 1/2022 & MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 disempurnakan oleh Tuan Rijalul Fikri bin Mustapa - Timbalan Pentadbir Tanah, Daerah Kuala Pilah manakala Majlis penutup (kedua-dua program) & Penyampaian Hadiah pula disempurnakan oleh : En.Mohd Nizam bin Miun - Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.

Turut hadir bersama ialah En. Shaharuddin bin Daud , Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Penyelaras Program RMDO Daerah Kuala Pilah) dan En.Izhar b.Kamis (Penyelaras MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah).

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Team Media KUALA PILAH

Disunting oleh : Team Media JBSNS