KUALA PILAH, 4 Jun 2022- Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah telah dengan jayanya menganjurkan MSL- Kejohanan Badminton Berpasukan Peringkat Daerah Kuala Pilah 2022 yang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Perlaksanaan kejohanan ini adalah sebagai latihan Keurusetiaan & kesukarelaan sukan “Volunteer Support TASK Team" bagi membantu menjayakan program MSL- Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 yang disekalikan dengan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) bermula pada jam 7.15 pagi hingga 7.05 petang. Peserta/sukarelawan dibahagi kepada 4 krew penugasan.

Majlis Perasmian Program RMDO Siri 1/2022 & MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 disempurnakan oleh Tuan Rijalul Fikri bin Mustapa, Timbalan Pentadbir Tanah, Daerah Kuala Pilah manakala Majlis penutup (kedua- program) & Penyampaian Hadiah pula disempurnakan oleh : En.Mohd Nizam bin Miun,Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.

Turut hadir bersama ialah En. Shaharuddin bin Daud - Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Penyelaras Program RMDO Daerah Kuala Pilah) dan En.Izhar b.Kamis (Penyelaras MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah). Pada sebelah paginya pula Kejohanan ini telah dikunjungi oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah iaitu En. Nor Rashidi bin Ramdzan.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah melalui Unit Sukan dan Rakan Muda Daerah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama- sama menjayakan program ini. Muafakat membawa berkat. .

 

Disediakan oleh : Team Media KUALA PILAH

Disunting oleh : Team Media JBSNS