PORT DICKSON, 14 Mac 2020 Sabtu - Telah berlangsung Mesuarat Agong Tahun 2020 Gerakan Belia 4B (M) Caw Air Meleleh bertempat di Restoran Mak Mah Port Dickson. Mesyuarat telah dirasmikan oleh En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kepimpinan dan ahli-ahli pertubuhan ini. Semoga pertubuhan ini terus aktif dan berdaya maju dalam membangunkan masyarakat belia khususnya didaerah Port Dickson ini.