SEREMBAN, 4 Jun 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Seremban 2022 bertempat di Dewan Badminton Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Paroi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Seremban.

Kejohanan Badminton MSL ini merupakan acara kedua terakhir sebelum Kejohanan Bola Jaring 3 on 3 yang akan menutup tirai MSL Daerah Seremban pada 11 Jun. Kejohanan bermula tepat jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang dengan menyaksikan pasukan Renion telah mendominasi kesuluruhan permainan dan telah dinobatkan sebagai Johan.

Naib Johan pula disandang oleh pasukan Usim dan tempat Ketiga dikongsi bersama antara pasukan LLBC dan SMKDHMR. Johan membawa pulang hadiah RM1000, Naib Johan RM700 manakala tempat ketiga masing masing membawa pulang hadiah sebanyak RM300.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Terima kasih juga kepada AJK Teknikal yang terlibat dalam melancarkan perjalanan kejohanan hari ini.

Semoga kejohanan seperti ini akan memberikan ruang dan peluang kepada penggiat sukan dan pemain untuk lebih kompetitif dimasa akan datang. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasukan yang akan mewakili Daerah Seremban di kejohanan peringkat Negeri Sembilan nanti.

 

Disediakan oleh : Team Media SEREMBAN

Disunting oleh : Team Media JBSNS