JEMPOL, 14 Mac 2020 (Jumaat) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat bertempat di ruang tamu pejabat. Majlis ini telah dipimpin oleh En.Osman Bin Ibrahim turut hadir dalam majlis ini Puan Siti Norwinah Binti Narawi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, kakitangan keselamatan dan kakitangan pembersihan. Kami warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan semua kakitangan keselamat serta pembersihan memanjatkan doa agar seluruh rakyat Malaysia, kususnya kakitangan serta ahli keluarga di jauhkan dari Corona Virus yang kini mengancam masyarat dunia. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya kita dilindungi Allah s.w.t serta berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara dari sebarang perkara yang tidak di ingini pada ketika ini. Semoga hubungan silaturrohim antara kakitangan semua lebih baik seterusnya dapat bekerja dalam suasaha yang harmoni.