SHAH ALAM, 27 FEBRUARI 2020 – Timbalan Pengarah Belia, Encik Ahmad Syariffuddin Sarmin menghadiri Mesyuarat Mengkaji Pertanyaan-Pertanyaan Dewan bertempat di Bilik Gerakan Dewan Negeri, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor. Mesyuarat ini mengkaji 470 soalan yang terdiri daripada 297 pertanyaan mulut dan 173 pertanyaan bertulis. Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020 akan mula bersidang pada 16-27 Mac 2020. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Puan Noor Faizah Jaafar Shah dan Puan Nurul Atiqah Abdul Rahman.

Disediakan oleh : Noor Faizah binti Jaafar Shah, Bahagian Pembangunan Belia

Disunting oleh  : Norsuzila Ernie binti Zinuddin, Bahagian Pembangunan Belia