SEPANG, 03 FEBRUARI 2016
– Bertempat di pusat komuniti Kampung Endah minggu lalu, telah berlangsungnya program Townhall Anak Muda Daerah Sepang 2016. Program ini berlangsung atas inisiatif bersama Kelab Beliawanis Daerah Sepang, Persatuan Belia Gemilang Perdana dengan kerjasama Sport Recreation Community Club (SRCC) Sepang  dan Pemuda Sepang.

 

Program telah berjaya menarik penyertaan seramai 90 orang belia, program ini dijalankan bagi memberi penerangan kepada belia-belia tentang dasar belia Malaysia yang mana penerangan ini telah  disampaikan oleh Encik Halman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat. Para belia yang hadir juga telah diberi informasi tentang usahawan muda oleh Encik Ariff Idris, pegawai unit agrotani muda, Kementerian Pertanian Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Noor Azli bin Said, pengerusi SRCC Sepang

 

Disediakan Oleh: Nurshafira Binti Hamzah (PBSD Sepang)