KAPAR, 19 FEBRUARI 2020 – “Team Unit Komunikasi Korporat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (UKK JBSS) sedia menerima undangan mana-mana jabatan atau agensi bagi mengadakan pameran. Ini merupakan permulaan yang baik daripada kami kerana undangan untuk mengadakan pameran telah banyak diterima. InsyaAllah jika tiada aral, kami akan hadir bagi memeriahkan majlis dan program semua.” ujar Puan Mariana binti Amir Hamzah selaku Ketua UKK JBSS. Beliau turut hadir ke pameran sempena Program Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Murid 2020 pada hari Isnin yang lepas bertempat di Dewan Serbaguna, SMK Tengku Idris Shah dekat sini.

Pameran itu berlangsung sempena Program Antidadah Kebangsaan Peringkat Daerah Klang yang dianjurkan oleh MPKK Kg. Kapar dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar ADUN Meru.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KLANG TA