BANGI, 19 FEBRUARI 2020 – Para pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBSN Selangor yang diketuai oleh Encik Ahmad Syariffuddin Sarmin, Timbalan Pengarah Belia telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan Program Pembangunan Belia. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkaitan program-program belia yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Pendekatan ini diadakan bagi memastikan setiap perancangan program adalah selari dengan hasrat dan pelan strategik kementerian.

Disediakan oleh : Noor Faizah binti Jaafar Shah, Bahagian Pembangunan Belia

Disunting oleh  : Norsuzila Ernie binti Zinuddin, Bahagian Pembangunan Belia

BELIA 1.0