SEPANG, 16 MAC 2020 – Telah belangsung taklimat Centre of Living Independently Program and Services (CLIPS) berkaitan perkhidmatan sokongan pembantu peribadi buat orang kurang upaya (OKU) di Daerah Sepang pada 3 Mac 2020 yang lalu. Taklimat disampaikan oleh Encik Muhamad Faiz Shuhaimi, Pegawai Latihan dan Sumber Manusia CLIPS. Kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang bersama CLIPS bagi program-program yang melibatkan penerangan terhadap isu ketidakupayaan dan kesedaran terhadap OKU, termasuk kemahiran keibubapaan untuk anak OKU amatlah diharapkan dan dapat melahirkan masyarakat yang peka terhadap OKU. Turut bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz dan Encik Zulhelmi bin Md. Pisol.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

TAKLIMAT CENTRE OF LIVING INDEPENDENTLY PROGRAM