BUKIT KUCHING,19 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsung Majlis Taklimat ARPRM Tahap Gangsa dan Perak Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 17 Februari 2020 (Isnin) bertempat di SMK Bukit Kuching dan terdiri daripada 100 Peserta dan guru-guru pembimbing serta jurulatih Anugerah perak dan gangsa. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ibrahim bin Bujang dan dibantu oleh Encik Muhammad Khairul Zafri. Program telah berlangsung selama dua (2) jam dan peserta telah didedahkan tentang program ARPRM terkini.

 Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA