BANGI, 26 FEBRUARI 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Bahagian Pembangunan Sukan bersama Persatuan Teqball Malaysia telah mengadakan Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Selangor pada 22 hingga 23 Februari 2020 yang lalu. Klinik ini telah disertai seramai 60 orang peserta dan melibatkan 10 orang jurulatih. Sukan Teqball merupakan salah satu sukan baru yang diperkenalkan di Malaysia dan sedang pesat berkembang di dunia. Sukan teqball kini dimainkan di 65 buah negara termasuk Malaysia. Sukan Teqball ini merupakan satu sukan yang berasaskan bolasepak yang unik tetapi menggunakan peralatan yang ringkas berbanding sukan bola sepak biasa. Sukan ini memberikan kelebihan kepada pemain bola sepak dan mudah dikendalikan. Selain itu sukan ini boleh melibatkan semua kategori umur, jantina dan pemain dengan perbezaan keupayaan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y,Bhg Encik Sabran bin Abd Bahar Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

 Disediakan oleh : Mohd Zaaba bin Ponrahono, Bahagian Pembangunan Sukan

SUKAN BARU GAISS