DENGKIL, 5 SEPTEMBER 2020 – Program Kibar Jalur Gemilang Bersama Komuniti Kampung Labu Lanjut telah berlangsung pada sesi petang, 5 September 2020. Selain jelajah kibar bendera sekitar kampung, turut diadakan penyampaian sumbangan Jabatan Penerangan Malaysia yang diwakili oleh YBrs Tuan Haji Hashim bin Haji Bedu, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) kepada beberapa asnaf di kampung ini.

Namun dalam kemeriahan menyambut Bulan Kebangsaan, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara bagi membendung penularan wabak Covid-19 haruslah dipatuhi. Pemakaian pelitup muka, mengesan suhu badan dan mendaftar di aplikasi MySejahtera antara SOP yang wajib diikuti oleh seluruh setiap orang sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang