SHAH ALAM, 20 FEBRUARI 2016 – Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda di bawah Projek Angkat dan Upaya (PADU) telah menganjurkan aktiviti lasak dan mencabar di Skytrex, Taman Botani Negara Shah Alam pada 31 Januari 2016. Program yang dianjurkan selaras dengan elemen utama tahap Sokongan Emosi iaitu untuk mempupuk semangat jati diri serta keyakinan dalam kalangan peserta PADU.

Seramai 23 peserta PADU dibawah bimbingan 10 Pekerja Belia (PB) dan tiga orang pegawai dari JBSN Selangor turut sama menyertai program. Aktiviti yang dijalankan berjaya menguji ketangkasan dan mencabar keberanian peserta melalui 27 siri halangan udara pada ketinggian 3 meter hingga 22 meter dengan durasi untuk menamatkan cabaran selama 2 hingga 3 jam. Antara halangannya, flying fox, Crazy Zig-Zag dan lain-lain.

Rata-rata dalam kalangan peserta menyatakan perasaan yang gembira walaupun pada awalnya ada peserta yang menggigil dan gayat untuk menghabiskan cabaran ini.

Disediakan Oleh: Mohd Zaaba Bin Ponrahono
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.