SHAH ALAM, 21 FEBRUARI 2020 - Pejabat Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengadakan satu Sesi Pendengaran Awam Selcat Tahun 2020 semalam bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor dekat sini. Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda hadir bagi mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Sesi Pendengaran Awam yang bermula pada jam 2.00 petang ini adalah mengenai Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis di Negeri Selangor dan berakhir tepat jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

1312eed6 a7ba 4385 904e b2a10df9763c11111