Exco Takwim 2

SHAH ALAM, 13 MAC 2019
– Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor buat julung kalinya menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Di kesempatan ini, Jabatan telah membuat Sesi Pembentangan Takwim Program JBS Negeri Selangor kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman. Sesi pembentangan ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan program-program dan aktiviti mengikut Bahagian di Jabatan ini iaitu Belia, Sukan dan Rakan Muda. Di samping itu, ia turut membincangkan program-program kerjasama bersama persatuan-persatuan belia setempat. Turut hadir bersama di dalam sesi pembentangan ini ialah Encik Mohammad Amirul Adzhar (Majlis Sukan Negeri Selangor) dan Encik Hafez bin Shuriddin (Presiden Majlis Belia Selangor). Sesi ini juga turut membincangkan mengenai perancangan program dan aktiviti bagi komuniti setempat melalui jalinan kerjasama di antara Jabatan ini bersama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dan juga Majlis Belia Selangor.

Diharapkan agar jalinan kerjasama yang wujud ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk kebaikan komuniti setempat.

Disediakan oleh: Norsuzila Ernie binti Zinudin, Bahagian Pembangunan Belia