AMPANG JAYA, 19 FEBRUARI 2020 – Seramai 20 orang Sukarelawan Rakan Muda menyertai Program Khidmat Komuniti anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bertempat di Pusat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang Jaya. Program yang melibatkan anjuran bersama Kelab Belia Ampang Jaya, Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu membawa bantuan seperti keperluan asas, pakaian, susu bayi, dan lain-lain lagi untuk dihulurkan kepada penghuni rumah anak-anak yatim itu. Selain itu, para sukarelawan Rakan Muda turut mengambil peluang untuk menyantuni anak-anak yatim dan berkongsi kasih sayang kepada mereka.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

SEPANG TURUT SERTA MENYANTUNI ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF QASEH IBU