AMPANG JAYA, 19 FEBRUARI 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Program Khidmat Komuniti pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bertempat di Pusat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang Jaya. Program yang dikelolai oleh Unit Rakan Muda JBS Selangor itu mengumpulkan keperluan asas bagi penghuni di sana sperti pakaian, susu bayi, barangan asasi, dan lain-lain lagi. Antara pengisian aktiviti lain ialah mencuci dan mengemas kawasan sekitar oleh sukarelawan rakan muda bersama kakitangan JBS Selangor.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JABATAN BELIA DAN SUKAN