CYBERJAYA, 26 FEBRUARI 2020 ­- Unit Komunikasi Korporat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (UKK JBSS) telah bersama-sama mengadakan pameran interaktif bagi memeriahkan Selangor World Thinking Day (WTD) Run yang diadakan Taman Tasik Cyberjaya di sini pada 23 Februari 2020 yang lalu.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya mini badminton, mini ping pong, dam haji dan lain-lain lagi. Peserta juga telah mengikuti cabaran yang disediakan sepanjang pameran diadakan seperti lompat tali paling lama yang menawarkan cenderahati eksklusif dari UKK JBSS.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

SELANGOR TWD RUN UKK JBSS ADAKAN PAMERAN INTERAKTIF