CYBERJAYA, 26 FEBRUARI 2020 ­- Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah mencemar duli merasmikan penutupan Selangor World Thinking Day (WTD) Run di Taman Tasik Cyberjaya di sini pada 23 Februari yang lalu.

Hampir 1,500 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian sejauh 5 kilometer yang terbahagi kepada 4 kategori iaitu Pandu Puteri Tunas, Remaja, Renjer dan Dewasa & Siswi. Tengku Permaisuri Norashikin merupakan Penaung Diraja Pesatuan Pandu Puteri Negeri Selangor.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar turut hadir memeriahkan majlis dan diiringi oleh Encik Ahmad Fahmi bin Abd. Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

SELANGOR TWD RUN DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR