SEPANG, 26 FEBRUARI 2020 ­- Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim telah menyertai Selangor Marathon 2020 yang telah diadakan di Perkarangan Litar F1 Sepang di sini pada 24 Februari 2020 yang lalu.

Beliau yang berjaya menamatkan larian ini berasa teruja dalam menyahut cabaran ini dan akan cuba memperbaiki teknik larian seterusnya memperbaiki catatan peribadi yang disasarkan. Turut bersama-sama beliau menamatkan larian ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak, Encik Mohd Saibie bin Ibrahim dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd. Aziz.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

SELANGOR MARATHON 2020 PBSDHL TAMATKAN CABARAN LARIAN