SHAH ALAM,  2 Julai 2018 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima 5 orang Pelajar Latihan Industri yang telah melapor diri pada 19 Jun 2018 (Selasa). Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. Dengan adanya Latihan Industri seperti ini,  pelajar-pelajar ini dapat didedahkan dengan dunia realiti sebenar alam pekerjaan untuk dipraktikkan di masa hadapan. Semoga pelajar-pelajar ini dapat menjalani Latihan Industri di Jabatan dengan penuh semangat dan dedikasi.  Selamat maju jaya diucapkan.

Laporan disediakan :  Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran