SHAH ALAM, 17 MAC 2020 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mengalu-alukan kedatangan Encik Muhammad Emir Fawwaz bin Muhammad Zen, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) pada hari ini. Beliau sebelum ini berkhidmat di Bahagian Pembangunan Belia.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengurus dan melaksanakan program Rakan Muda. Diharap kelak saya akan mendapat tunjuk ajar daripada Timbalan Pengarah (Rakan Muda) dan para pegawai di Bahagian ini. Saya gembira dan berbesar hati dengan pertukaran ini. Terima kasih.” ujar Encik Emir.

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200317 WA0034