KLANG, 2 FEBRUARI 2016 – RSP Titan U15 tunjuk taring dengan muncul sebagai Johan dengan membawa pulang RM 1,500 dan piala dalam Kejohanan Futsal Piala Dato Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor dalam kategori bawah 15 tahun anjuran Kelab Sukan JKR Kuala Langat bertempat di Real Sport Arena Klang.


RSP Titan U15 bukan calang-calang pasukan futsal yang rata-rata pemainnya merupakan anak jati Klang sering memberikan kejutan dengan memenangi pelbagai kejohanan futsal yang diadakan samaada di sekitar daerah Klang ataupun luar daerah. Disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi merupakan tonggak utama kemenangan yang dititikberatkan pasukan futsal ini di bawah pimpinan En. Nazrin selaku pengurus dan jurulatih pasukan.


Menurut beliau lagi, 4 pasukan dibawah pimpinannya juga yang terdiri daripada kategori terbuka dan bawah 17 tahun juga turut tersenarai dan layak bertanding diperingkat Grandfinal bagi dua kejohanan akan datang. Kejohanan yang menawarkan hadiah lumayan itu akan berlangsung pada pertengahan Februari bertempat di Sport Planet Ampang.

Disediakan Oleh: Normiza Binti Kadar Maidin (PBSD Klang)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.