SHAH ALAM, 11 MAC 2019 – Mesyuarat Sekretariat Le Tour De Langkawi (LTdL) Peringkat Negeri Selangor Bil. 1/2019 telah diadakan pada 11 Mac 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor yang berlangsung pada jam 2.30 petang. Program LTdL ini akan berlangsung pada 9 April 2019 (Selasa) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan di sini merupakan Stage 4.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Selangor telah dilantik sebagai Sekretariat LTdL bagi pelaksanaan program Le Tour De Langkawi.

Disediakan oleh : Azlan bin Sap, Bahagian Pembangunan Rakan Muda