BANDAR BARU BANGI, 26 FEBRUARI 2020 ­- Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) dan Institut Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin, Sungai Tekala pada 22 Februari 2020 yang lalu bagi persiapan pelaksanaan Program Rakan Muda Di Hati Peringkat Daerah Hulu Langat 2020.

Perbincangan ini merangkumi perancangan tarikh dan lokasi program yang dijangka akan dilaksanakan pada pada bulan Ramadhan tahun ini. Perbincangan ini juga menjurus kepada perancangan usahasama melibatkan agensi yang akan dilibatkan pada program itu nanti.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

RAKAN MUDA DIHATI PERANCANGAN AWAL LIBATKAN NGO DAN TAHFIZ TEMPATAN