SHAH ALAM, 8 MAC 2019 – Kelab Kebajikan Keluarga, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Boling Pegawai dan Kakitangan JBS Negeri Selangor pada 8 Mac 2019 (Jumaat) yang bertempat di Tingkat 4, Plaza Alam Sentral (PAS) Shah Alam. Sebanyak lima belas (15) kumpulan telah menyertai pertandingan ini.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Selangor turut serta di dalam pertandingan ini dan tidak bernasib baik untuk memperoleh kedudukan yang terbaik. Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Selangor adalah Johan Pertandingan Boling Pegawai dan Kakitangan JBS Negeri Selangor ini dengan kutipan markah 997 mata.

Disediakan oleh : Azlan bin Sap, Bahagian Pembangunan Rakan Muda