SHAH ALAM, 17 MAC 2020 - Puan Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) telah bertukar ke Bahagian Pembangunan Belia daripada Bahagian Pembangunan Rakan Muda berkuat kuasa semalam. Beliau telah melapor diri dengan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Timbalan Pengarah (Belia) pada hari ini.

“Walaupun sedih tetapi saya gembira kerana dapat belajar tentang perkara yang baru apabila di Bahagian Pembangunan Belia nanti. Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Bahagian Pembangunan Rakan Muda kerana meninggalkan banyak kenangan manis yang tidak akan saya lupakan.” ujar Nurr Mariana.

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200317 WA0003