PUTRAJAYA, 4 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Program Maal Hijrah 1442H/2020 KBS yang diadakan di Dewan Serbaguna Podium Kementerian Belia dan Sukan. Dengan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS bertemakan “Hijrah atau Kalah”, program ini menampilkan YBhg. Ustaz Mohd Elyas bin Ismail, untuk menyampaikan ceramah kepada peserta yang hadir.

Program berjalan dengan lancar meskipun mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diberikan. Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Zulhelmi bin Md. Pisol turut hadir pada program ini bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang