KUALA SELANGOR, 16 MAC 2020 - Program Khidmat Komuniti Rakan Muda sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 7 Mac 2020 (Sabtu) bertempat di Kampung Sungai Sembilang Mukim Jeram dekat sini.

Penglibatan peserta dalam program ini adalah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Kucing dan belia-belia tempatan. Program ini mendapat sokongan penuh daripada MPKK Kampung Sungai Sembilang Mukim Jeram, Majlis Belia Daerah Kuala Selangor dan agensi kerajaan di daerah tersebut.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor selaku perasmi dan Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Rakan Muda).

“Kerja-kerja khidmat komuniti tersebut tamat pada jam 2.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga sukarela yang turun membantu meringan beban kerja ini. Alhamdullah.” Encik Azlan bin Sap, Pegawai Cawangan Kesukarelawanan & Komuniti, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Program JPW KuSel