SEMENYIH, 16 MAC 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Rakan Muda) membuat pelepasan peserta bagi Program Eksplorasi Sungai Tekala sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor seterusnya turut bersama-sama mengikuti kumpulan eksplorasi tersebut sejauh lima (5) kilometer.

Laporpo Adventure merupakan satu organisasi sukarelawan yang menyediakan minum pagi kepada para peserta program dengan berkonsepkan perkelahan. Program yang telah berlangsung pada 8 Mac 2020 (Ahad) bertempat di Hutan Lipur Sungai Tekala dekat sini mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Hutan Daerah Hulu Langat dan Pejabat Renjer Hutan Lipur Sungai Tekala.

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Program JPW HuLa