SHAH ALAM, 16 MAC 2020 - Program Rakan Muda sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 6 Mac 2020 (Jumaat) bertempat di Lobi Bangunan Plaza Perangsang, Shah Alam. Penyertaan program ini adalah daripada warga Bangunan Plaza Perangsang iaitu hampir seramai 100 orang.

Program tersebut dimulakan dengan senamrobik pada jam 8.30 pagi yang dikendalikan oleh ZIN Noey. Aktiviti Physiological Age Test pula diadakan selepas barisan dif-dif jemputan menikmati jamuan sarapan pagi. Turut hadir ke program tersebut adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita.

Program ini merupakan kerjasama di antara Jabatan ini dengan Jabatan Pembangunan Wanita sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2020 (Ahad).

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200316 WA0007