KLANG, 19 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsungnya Program Antidadah Kebangsaan Peringkat Daerah Klang pada 17 Februari 2020 (Isnin) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar Klang. Program dianjurkan oleh MPKK Kg Kapar dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar ADUN Meru. Turut hadir bersama YB Puan Dr Daroyah binti Alwi ADUN Sementa.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut memberi kerjasama membuka booth pameran bagi menjayakan majlis tersebut. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad hadir menerima penghargaan daripada pengajur program.

Disediakan oleh : Mohd Safree Bin Maarof, PBSD Klang

PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KLANG TAHUN 2020jpg