HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) telah mengambil insiatif untuk menjejak peminjam-peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) di sekitar daerah Hulu Langat.

Inisiatif ini merupakan langkah terkini yang di ambil oleh JBSS bagi meningkatkan kesedaran dan informasi terbaru kepada para peminjam TKWAPEB ini untuk kembali menyelesaikan baki pinjaman yang tertunggak.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) juga telah turut serta turun padang bersama-sama menjejak peminjam TKWAPEB ini yang disertai oleh Puan Hartyny Saha binti Haji Mohd Sanusi, Pegawai Unit Belia PBSDHL dan Encik Muhammad Mazli bin Haji Mustafa, Pegawai Unit Sukan PBSDHL.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat