SG LEPOH, 7 JUN 2022 - Berkongsi pengalaman Pengurusan Organisasi & Dokumentasi Kelab kepada belia-belia Kelab Belia Kampung Setia. Perkongsian mengenai pengurusan pendaftaran sehingga ke pembukaan akaun bank dan dokumentasi yang perlu ada untuk setiap kelab.

“Saya beritahu kepada belia-belia bahawa kemahiran pengurusan ini bukan hanya untuk digunakan dalam kelab belia tetapi kemahiran ini juga akan membantu anda dalam urusan pekerjaan. Asas Mesyuarat (Sebelum,Semasa,Selepas) dan Penyediaan Dokumentasi telah dibentangkan di dalam program inI,” Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang.

“Saya mula menyertai program belia ketika berumur 15 tahun (2008) dalam Kelab Belia AU5D Lembah Keramat sebelum menubuhkan Kelab Bolasepak AU5'D Lembah Keramat pula pada tahun 2013. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan di kawasan Daerah Gombak dari 2008 hingga kini. Bermula sebagai Penolong Setiausaha, Setiausaha, Bendahari, Timbalan Presiden dan sehingga menjadi Presiden. Saya lalui pengalaman di peringkat bawah sehingga memegang tampuk kepimpinan organisasi.

Semoga belia-belia ini akan berjaya dalam apa jua bidang yang diterajui pada masa akan dating” Perkongsian daripada Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang.

Terima kasih pihak pejabat belia ucapkan kepada Saudara Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang sudi meluangkan masa untuk hadir dan berkongsikan sedikit pengalaman saudara di dalam NGO belia dan sukan yang pernah dan masih dianggotai oleh saudara.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak