SHAH ALAM, 11 MAC 2019 - “Setiap pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) diingatkan agar meneruskan budaya kerja cemerlang dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan”.

Begitulah antara amanat yang disampaikan Encik Sabran bin Abd. Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada Perhimpunan Bulanan JBSS baru-baru ini. Beliau juga mengharapkan agar Team JBS Selangor sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan tugasan dan meletakkan setiap tugasan itu sebagai satu amanah yang perlu dijunjung tinggi.

Pada perhimpunan itu juga, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Encik Muhammad Mazli bin Haji Mustafa telah dianugerahkan sebagai Pekerja Terbaik Bulanan Ogos 2018.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat