SABAK BERNAM, 27 FEBRUARI 2020 – Satu perjumpaan bersama instruktur senamrobik kecergasan telah diadakan semalam bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai program FitMalaysia @Communiti Daerah Sabak Bernam yang akan diadakan sepanjang bulan Februari hingga Oktober. Objektif utama FitMalaysia @Communiti Daerah Sabak Bernam adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

Selain itu, menyediakan peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam aktiviti larian, berbasikal, Seni Mempertahankan Diri (SMD) dan aktiviti kecergasan. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas dan seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbudaya sukan ke arah sebuah negara bersukan.

Hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Turut hadir sama perjumpaan ini adalah Coach Syuhadah dan Coach Dahlia.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

PERBINCANGAN PROGRAM FITMALAYSIACOMMUNITY SABAK BERNAM