SUNGAI BESAR, 16 MAC 2020 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam satu perjumpaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan telah diadakan bagi membincangkan pembangunan sukan dan belia di daerah Sabak Bernam. Turut dibincangkan juga adalah pelaksanaan program-program belia dan sukan serta kerjasama yang akan dijalankan untuk tahun ini. 

Perjumpaan ini dihadiri oleh Encik Ismat bin Baharin bersama rakannya. Turut serta dalam perjumpaan ini adalah Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

PERBINCANGAN HALA TUJU SUKAN DAN BELIA DAERAH SABAK BERNAM