DENGKIL, 5 SEPTEMBER 2020 – Sekitar Program Kibar Jalur Gemilang Bersama Komuniti Kampung Labu Lanjut yang telah berlangsung pada sesi petang, 5 September 2020. Selain jelajah kibar bendera sekitar kampung, turut diadakan penyampaian sumbangan Jabatan Penerangan Malaysia yang diwakili oleh YBrs Tuan Haji Hashim bin Haji Bedu, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) kepada beberapa asnaf di kampung ini.

Kemuncak kemeriahan program ini aktiviti penyampaian hadiah untuk anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna, penyampaian decoder MyFreeView kepada penduduk, penyerahan sumbangan barangan keperluan asas dan penyerahan pek Jalur Gemilang kepada wakil-wakil kampung dan taman perumahan di Labu Lanjut.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang