SEPANG, 16 MAC 2020 – Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sepang yang baharu, Encik Muhammad Hydier bin Hamid telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang pada 4 Mac 2020 yang lalu. Kunjungan dilakukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Majlis Belia Daerah Sepang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang bagi merangka dan merencana program-program untuk melahirkan belia-belia yang berkualiti dan menjadi pemimpin pada masa akan datang, Pelbagai idea dan lontaran ilmiah bagi menggerakkan program-program bersama sepanjang sesi perbincangan ini. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz menyambut kedatangan kunjungan dan berharap semoga apa yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan baik.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

PENGERUSI MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH SEPANG M