JOHOR BAHRU, 27 FEBRUARI 2020 – YBrs. Encik Sabran bin Abdul Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Para SUKMA Bil. 1/2020. Mesyuarat telah diadakan di Hotel KSL, Johor Bahru pada 26 Februari 2020 (Rabu) jam 9.00 malam. Mesyuarat ini menjurus kepada perbincangan berhubung penyelarasan aspek teknikal/venue dan logistik bersama pihak Sekretariat SUKMA Johor dan juga Ketua Delegat Teknikal bagi sukan-sukan yang akan terlibat  dalam Para SUKMA XX, Johor 2020.

Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran

PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR