SHAH ALAM,  2 JULAI 2018 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Pemeriksaan Mengejut, Lawatan Inspektorat dan Pemeriksaan Aset di Kompleks Rakan Muda Klang pada 2 Julai 2018.  Turut sama dalam pemeriksaan mengejut ini adalah Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Penolong Pengarah Rakan Muda selaku Pegawai Aset, Puan Noormah binti Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir dan Puan Nurul Suhaida binti Abdul Razak, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan.   Pemeriksaan dan lawatan ini bagi memastikan semua peraturan dalam Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan dapat dipatuhi tidak kira di Ibu Pejabat mahupun di setiap Daerah. 

Laporan disediakan:  Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran