HULU LANGAT, 7 SEPTEMBER 2020 ­- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat telah menghadiri Jemputan Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 Peringkat Daerah Hulu Langat di Dewan Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini.

Majlis anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Pegawai Daerah Hulu Langat. Turut hadir bersama di sesi maklum balas berkenaan adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat