SUNGAI BESAR, 16 MAC 2020 – Bertempat di Gimnasium Rakyat Sungai Besar telah diadakan satu perjumpaan bersama instruktor gimnasium. Perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan pelaksanaan serta gerak kerja bagi program FitMalaysia @Community yang akan di jalankan di Gimnasium Rakyat Sungai Besar khususnya untuk orang awam serta menggalakkan orang awam mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

Perjumpaan ini dihadiri oleh Instruktor Mr. Tony, Instruktor Dahlia dari Bunga Crew Fitness serta Instruktor Syuhadah dari Sazzy Team. Turut serta dalam perjumpaan ini adalah Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

PELAKSANAAN PROGRAM FIT MALAYSIACOMMUNITY